DUA
6022 : KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM SLAM
TAJUK
: ISU-ISU NEGATIF PERKAUMAN DI MALAYSIA PERLU DIBENDUNG UNTUK MENGELAKKAN
MASALAH HUBUNGAN ETNIK DAN KAUM.
NAMA
PENYARAH : PUAN NORAINI BINTI NAWAWI
NAMA
|
NO
PENDAFTARAN
|
NUR
LIYANA BT MAZLAN
|
02DLS14F2079
|
SITI
ARBANI BT M.MUKHTAR AFFANDI
|
02DLS14F2039
|
NUR
ANIS SYAZWANIE BT ABDULLAH
|
02DLS14F1024
|
NUR’
AINI MAZIAH BT ZAHARUDIN
|
02DLS14F2051
|
NURUL
ATIQAH BT AZAHANUDDIN
|
02DLS14F2081
|
DISEMBER 2016
ISI
KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN
|
MUKASURAT
|
1.0 PENDAHULUAN
|
1-2
|
2.0 PUNCA PUNCA BERLAKUNYA MASALAH NEGATIF
PERKAUMAN
2.1
Dasar Pecah & Perintah Penjajah
Inggeris
2.2 Latar
belakang pendidikan yang
berbeza
2.3 Perasaan
tidak puas hati terhadap hak istimewa orang melayu
2.4 Bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi Negara
2.5 Perbezaan
agama dan budaya
2.6 Masalah
Ekonomi
2.7 Persatuan-persatuan
etnik
|
2-7
|
3.0
KESAN PERISTIWA 13 MEI 1969 DALAM ASPEK EKONOMI
3.1 Kesan
Sosial
3.2 Kesan
Ekonomi
3.3 Kesan
kepada Integriti dan Imej Negara
|
8-11
|
4.0 CARA MENGATASI NEGATIF PERKAUMAN
ETNIK DAN KAUM
4.1 Persepakatan
diantara Kaum
4.2
.Bahasa dan Cara Berkomunikasi
4.3
Saranan dan pengaruh daripada ibubapa
4.4 Program dan polisi perpaduan kaum
telah dipolitikkan
|
11-14
|
5.0 PERISTIWA KEKECOHAN DI PLAZA LOW YAT
|
15-17
|
6.0 KESIMPULAN
|
18
|
7.0 RUJUKAN
|
19
|
8.0 LAMPIRAN
|
20-30
|
1.0 PENDAHULUAN
Malaysia merupakan
salah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai keturunan,
etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia
merupakan satu satunya negara masyarakat plural yang paling berjaya di alaf
baru ini dalam mengekalkan keamanan dan perpaduan. Masyarakat majmuk mempunyai
konsepnya dan sejarah tersendiri. Perpaduan amat penting supaya tenaga negara
dapat disalurkan kepada memajukan negara dari digunakan untuk menyeleaikan
masalah yang wujud dari pelbagai kaum. Namun krisis yang berlaku pada tahun
1969 (peristiwa 13mei) mencerminkan rakyat malaysia belum mempunyai suatu budaya
nasional yang menjadi asas bersama walaupun sebelum kemerdekaan telah wujud
permuafakatan di antara rakyat malaysia ini dalam memwujudkan perlembagaan
sebagai undang undang tertingi negara. Isu isu perkauman bermaksud isu-isu yang
melibatkan hubungan antara kaum dalam aspek pengunaan bahasa, dimensi agama,
tingkah laku sosial, perlakuan fizikal, sektor perkejaan, pembuatan buli,
penulisan & literature, rasisme dan seumpamnya.dan seumpamnya.dan
seumpamnya. Dalam konteks Malaysia, isu isu sensitif pula membawa erti
berkaitan dengan hak hak keistimewaan melayu, status bumiputera, kontrak
sosial, bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, sistem kouta dan perkara
perkara stereotype. Isu isu ini tidak boleh dibahasakan, didebatkan atau
dibincangkan secara terbuka kerana ia akan membawa kepada api pemusuhan hasil
daripada perasaan kurang senang dan tidak berpuas hati. Isu isu perkauman dan
isu isu sensitif melibatkan perlakuan memperlekehkan dan merendahkan kaum lain
serta mempertikaikan hak orang lain. Termasuk juga dalam ruang lingkup tafsiran
isuperkauman dan isu sensitif ialah ucapan, perbuatan, perkataan, penerbitan
atau sebarang cara yang boleh ditafsirkan sebagai kecenderungan menghasut (Akta
hasutan 1948).
Isu isu perkauman boleh
mengugat perpaduan dan kesepakatan antara kaum, mewujudkan huru hara &
Ancaman ketenteraman awam, mencetuskan koflik, perselisihan kaum, komflik
antara agama, mewujudkan suasana prejudis, prasangka, hubungan tidak baik antara
kaum, menghilangkan semangat tolenrasi dan menimbulkan suasana tidak aman serta
mengurangkan persefahaman bangsa berbilang kaum. Kesemua elemen elemen negatif
ini akan menggangu keharmonian hubugan antara kaum sehingga menjejaskan
perpaduan, menghilangkan kesedaran tentang pentingnya hubungan antara kaum,
merencatkan keselesaan rakyat pelbagai kaum agar dapat hidup dengan harmoni dan
mengusutkan hubungan interaksi antara agama dan budaya.
2.0 PUNCA PUNCA BERLAKUNYA MASALAH NEGATIF
PERKAUMAN
2.1 Dasar Pecah & Perintah
Penjajah Inggeris
Disebabkan oleh
dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British telah menyebabkan
berlakunya rusuhan etnik di Tanah Melayu. Dasar yang mengamalkan konsep pecah
dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan diamalkan oleh penjajah
British menyebabkan wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan
juga pola penempatan kaum. contohnya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar
menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong
dan kaum cina memiliki aset yang paling tinggi dalam ekonomi masyarakat
Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar bekerja
sebagai petani atau nelayan kecil. Manakala kaum India kebanyakannya pula
sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan
ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri. Keadaaan ini
menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi
lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan
ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak
seimbang.
British
mengamalkan dasar pecah dan perintah ini bertujuan untuk menyekat ketiga-tiga
kaum ini daripada bersatu padu, British menyedari bahawa sekiranya tiga kaum
utama ini bersatu maka akan menyebabkan kepentingan dan sumber ekonomi mereka
akan terjejas. Masyarakatmelayu terdiri dari petani dan nelayan di kampung,masyarakat cina pula telah
mewarisi perniagaan secara turun temurun
dan tinggal di bandar. Manakala masyarakat india bekerja sebagai
getah dan tinggal di estet. Dasar ini
telah berjaya direalisasikan bagi mewujudkan
kelompok-kelompok etnik yang berdasarkan kegiatan ekonomi
yang tinggal dalam kelompok masing-masing.
Kesannya, interaksi antara kaum hanya terbatas
di pasar sahaja. Ini melahirkan perasaan prasangka antara
kaum yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969.
Keadaan seperti ini menyebabkan hubungan atau
komunikasi antara kaum di Tanah Melayu menjadi terbatas suatu ketika dahulu.
Bagi penjajah British keadaan seperti ini juga sudah memadai bagi mengukuhkan
kedudukan serta mengekalkan kuasa mereka. Suasana yang tidak seimbang ini telah
berlanjutan sekalipun negara telah mencapai kemerdekaan.
Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak
seimbang itu semakin melebar akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap
pertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam
masyarakat Malaysia. Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini
akhirnya telah membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan
yang sedar akan keresahan dan perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaum
tidak seyharusnya dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru (DEB)
yang dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha untuk memulihkan keadaan. Latar
belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang
membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei.
2.2 Latar belakang pendidikan yang
berbeza
Semasa dasar penjajahan British, Tanah Melayu
tidak mempunyai sistem pendidikan yang jelas, penjajah British tidak mengambil
peduli tentang dasar pendidikan yang lahir di Tanah Melayu, mereka hanya
mengambil berat dan memajukan sekolah aliran Inggeris dengan pelbagai kemudahan
prasarana yang serba sempurna. Latar belakang pendiikan yang berbeza juga telah
dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada sifat perkauman diantara
ketiga-tiga etnik ini semakin menebal. Hal ini berlaku apabila sistem
pendidikan yang wujud di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut
kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India
dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri dan
berbeza antara kaum. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan
mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah
Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, sukatan
pelajaran serta buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa
dari Negeri China dan India. Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan
keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat
dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar dan
sebilangan orang melayu yang terdiri daripada pembesar atau kerabat diraja.
Ketiadaan
sistem pendidikan yang seragam ini menyukarkan semangat perpaduan sukar dicapai.
Pelajar langsung tidak berpeluang untuk bergaul dengan pelajar atau etnik lain
ini menyulitkan pembentukan persefahaman antara etnik. Disebabkan sukatan
pelajaran kaum cina dan india berasal dari negara asal maka pemikiran anak-anak
muda mereka berpaksikan kepada cara atau gaya hidup tempat asal leluhur meraka.
Melalui pendidikan ini juga pengaruh daripada kehidupan dan adat resam serta
merasakan kaum mereka lebih cemerlang wujud, sistem pendidikan yang tidak
seragam juga boleh mewujudkan perasaan prasangka dan streotaip antara kaum.
Keadaan ini menyebabkan sesetengah masyarakat dalam kaum yang berbeza ini
memandang rendah terhadap kaum lain.
Selain itu, Dasar Pelajaran Kebangsaan yang
dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 telah dikecam oleh pelbagai pihak
bukan Melayu . Ini kerana mereka merasakan langkah itu terlalu mengutamakan
bahasa Melayu, namun Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) pula tidak
berpuas hati dengan perlaksanaannya. Mereka berasa kecewa dengan sikap kerajaan
yang tidak menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar pada awal 1958 sebagaimana yang telah
dirancangkan
2.2 Perasaan tidak puas hati terhadap hak
istimewa orang melayu
PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak
puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam
perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya
mereka telah tersisih daripada keadilan. Oleh sebab itu menurut Jomo dalam
bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia
", isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak
puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu. Namun hakikat sebenarnya
kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan
kaum Cina. Pendeknya apa yang didakwa oleh orang-orang Cina yang mereka
terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat
semata-mata umtuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan
sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964. Menyedari akan bahayanya
pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini, Tunku telah mengambil keputusan
untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 . Namun keadaan
ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela nasib orang-orang Cina di
Tanah Melayu. Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi
mengambilalih fungsi PAP sebelum ini. Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan
Demokratik (DAP). Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti -parti
pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk
membangkitkan soal-soal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan
kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah .
Sebenarnya apa
yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan
kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen antara
kaum yang boleh membahayakan itu.
2.4 Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
negara
Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam
menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei. Berikutan perisytiharan
kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk
yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun
merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan
tujuan untuk mengugurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa
Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan
itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan
memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah
Hari Bahasa Kebangsaan, Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan.
Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail.
2.4 Perbezaan agama dan budaya
Kaum
melayu sebahagian besarnya beragama islam Kaum cina beragama Buddha, Lao Tza,
Taoisme, Conficius manakala
kaum india beragama hindu. Di samping itu terdapat juga
yang beragama kristian.Setiap kaum juga mempunyai kebudayaan
yang tersendiri. Masalah
perpaduan inibukannya bermula
disebabkan agama lain
tetapi akibat dari
sikap jahil terhadap agama-agama
lain hingga banyak
perkara yang dilakukansecara tidak
sengaja telah menyinggung
emosi penganut agama
lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969.
2.4 Masalah Ekonomi
Kegiatan ekonomi berbeza telah mewujudkan jurang
pendapatan berbeza antara kaum dan menimbulkan
rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi
secara tidak sihat. Ketidakseimbangan ini
menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu
sama lain. Orang melayu mencemburui kemewahan
dan kejayaan orang cina manakala orang
cina dan india mencemburui kelebihan orang melayu
yang mendapat peluang perkhidmatan dalam sektor pentadbiran.
2.4 Persatuan-persatuan etnik
Struktur masyarakat pelbagai kaum di Malaysia
telah melahirkan banyak persatuan politik, sosial dan
ekonomi yang memperjuangkan kaum masing-masing
tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain. Menurut Nik
Anuar Nik Mahmud (2007) Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 adalah peristiwa tragis
yang terburuk dialami oleh Malaysia. Peristiwa itu hampir-hampir memusnah-kan
negara ini. Alhamdulillah, dengan kebijaksanaan pemimpin dan semangat setia
kawan rakyat, bencana itu telah dapat ditangani dan negara kembali pulih
seperti sediakala. Banyak pengajaran yang boleh dipelajari daripada bencana
itu. Antara yang terpenting ialah peri mustahaknya memperkukuhkan perasaan
muhibah dan ikatan perpaduan antara kaum demi kestabilan politik dan
keselamatan Malaysia yang berbilang kaum ini.
3.0 KESAN
PERISTIWA 13 MEI 1969 DALAM ASPEK EKONOMI
Ketidakseimbangan ekonomi di kalangan kaum merupakan
suatu faktor yang telah dikenal pasti sebelum ini sebagai salah satu sebab yang
membawa kepada peristiwa 13 Mei. Perasaan kurang senang ekoran daripada
ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum telah menimbulkan pelbagai
tanggapan salah dan perasaan resah serta irihati yang berterusan di kalangan
masyarakat dan inilah keadaan yang sebenar berlaku sebelum peristiwa 13 Mei. Oleh
yang demikian pihak kerajaan tidak teragak-agak lagi untuk merangka suatu pelan
tindakan yang menyeluruh bagi membendung dan mengatasi masalah itu. Atas
alasan itulah pada tahun 1971 kerajaan telah melancar Dasar Ekonomi Baru (DEB).
DEB telah dilancarkan bersama-sama Rancangan Malaysia Kedua.Terdapat dua
matlamat utama dalam pelancaran DEB, iaitu iaitu pembasmian kemiskinan 'tanpa
mengira kaum,' dan kedua penyusunan semula masyarakat Malaysia bertujuan untuk
menghapuskan pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi.
Sementara objektif utama pelancaran Dasar Ekonomi Baru
ialah untuk memulihkan hubungan dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara
kaum. Adalah menjadi harapan agar melalui langkah ini proses agihan kekayaan
dan pendapatan serta peluang ekonomi yang lebih seimbang dan menyeluruh akan
dapat dilaksanakan .Dengan itu diharapkan perpaduan negara akan lebih
terpelihara. DEB telah dirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1971
hingga tahun 1990. Matlamat yang hendak dicapai dalam tempoh tersebut ialah
seperti berikut: 19Peratus penanaman modal dalam syarikat Bhd. 1971-1990.
Bumiputera 1.5% 30%Bukan Bumiputera 23.7% 40%Asing 62.1% 30% Sementara objektif
utama pelancaran Dasar Ekonomi Baru ialah untuk memulihkan hubungan dan
ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum. Adalah menjadi harapan agar
melalui langkah ini proses agihan kekayaan dan pendapatan serta peluang ekonomi
yang lebih seimbang dan menyeluruh akan dapat dilaksanakan .Dengan itu
diharapkan perpaduan negara akan lebih terpelihara. DEB telah dirancang untuk
tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1971 hingga tahun 1990. Matlamat yang hendak
dicapai dalam tempoh tersebut ialah seperti berikut: 19Peratus penanaman modal
dalam syarikat Bhd. 1971 1990Bumiputera 1.5% 30%Bukan Bumiputera 23.7% 40%Asing
62.1% 30% Membasmi KemiskinanSesungguhnya usaha untuk membasmi kemiskinan
bukanlah suatu perkara yang mudah. Perlaksanaan DEB sendiri agak perlahan .
Usaha untuk membasmi kemiskinan hanya melibatkan tindakan yang tidak
mengancam kepentingan golongan yang berharta. Umpamanya tindakan kerajaan
menyediakan kemudahan pemasaran dan kredit kepada kaum tani tidak menampakkan
tamparan terhadap kepentingan para kapitalis bukan Melayu. Antara langkah
kerajaan ialah rancangan penerokaan tanah bagi mereka yang tidak mempunyai
tanah, peluang pekerjaan bagi penganggur, serta produktiviti dan kenaikan harga
barangan bagi petani . Namun begitu tindakan seumpama ini akan dibatasi oleh
keadaan ekonomi. Contohnya kerajaan mungkin berjaya mengawal harga padi dalam
pasaran tempatan melalui langkah-langkah tertentu yang diambil, sebaliknya
kerajaan tidak terdaya untuk berbuat demikian bagi getah yang dijual di pasaran
antarabangsa. Bagaimanapun langkah kerajaan dalam menangani masalah kemiskinan
kaum bumiputera sedikit sebanyak telah berhasil . Sekitar tahun-tahun 70-an
pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pesat. Sekalipun barangan ekspot seperti
getah didapati sukar bagi kerajaan untuk mengawal kestabilan harganya kerana
dipengaruhi oleh pasang surut pasaran antarabangsa di mana ia turut
mempengaruhi kadar kemiskinan di kalangan pekerja ladang contohnya naik
daripada 40.0 peratus pada tahun 1970 kepada 47.0 peratus (1975), sebelum jatuh
kepada 35.1 peratus (1980), kemudian meningkat semula kepada 54.6 peratus
(1983).
Berbalik kepada kadar kemiskinan di kalangan penanam
padi telah turun daripada 88.1 peratus pada tahun 1970 kepada 77.0 peratus
(1975), dan turun lagi kepada 52.7 peratus (1980), tetapi ianya meningkat
semula kepada 54.0 peratus (1983). Kadar penurunan yang nyata daripada tahun
1970 adalah kesan daripada subsidi yang dibekalkan oleh kerajaan. Sebaliknya
peningkatan kos pengeluaran termasuk kenaikan harga input-input pertanian
seperti baja dan racun menyebabkan peratusnya meningkat semula.
3.1 Kesan Sosial
Dari segi kesan terhadap sosial, dimana kita dapat
lihat bahawa wujudnya salah faham dan buruk pandangan terhadap kaum-kaum lain
kerana wujudnya sikap perkauman. Sikap perkauman ini akan membecah-belahkan
kaum bukan sahaja memberi kesan dalam jangka masa yang pendek namun turut
memberi kesan dalam jangka masa yang panjang. Kesan dalam jangka masa yang masa
yang pendek, contohnya sekiranya orang melayu tidak diberi peluang pekerjaan di
kebanyakkan perniagaan yang dipunyai oleh masyarakat Cina. Ini akan mewujudkan
pandangan yang serong dan rasa tidak puas hati. Dalam jangka panjang pula,
perasaan ini akan menjadi teruk dan lebih mendalam dan mungkin akan membawa
kepada rusuhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969,dan ini akan membawa
keancaman kepada struktur sosial di Malaysia dan rakyat tidak akan dapat hidup
aman lagi.
3.2 Kesan Ekonomi
Ekoran daripada keruntuhan struktur sosial di Malaysia
ataupun perpecahan kaum di Malaysia mungkin akan menyebabkan aktiviti ekonomi
tidak dapat berjalan dengan lancar dan juga mungkin berhenti dengan
serta-merta. Hal ini akan mengakibatkan Negara mengalami kerugian atau defisit
dimana perbelanjaan melebihi pendapatan. Antara sebabnya, apabila berlaku
rusuhan kaum , kerajaan terpaksa membelanjakan banyak duit untuk mengamankan
Negara dan pada masa yang sama pendapatan Negara akan berkurang disebabkan
ekonomi terbantut. Selain daripada itu, pelabur-pelabur juga akan menghentikan
pelaburan mereka di Malaysia kerana risau mengalami kerugian dan pelabur luar
negara ingin melabur di Malaysia juga akan membatalkan hasrat mereka. Mata wang
Malaysia juga akan jatuh teruk dimana apabila berlakunya ketidaktenteraman di
Malaysia, ramai akan meninggalkan Negara Malaysia untuk mencari tempat yang
lebih selamat dan ini akan mengakibatkan duit ringgit Malaysia keluar dengan
banyaknya dari Malaysia.
3.1 Kesan kepada Integriti dan Imej
Negara
Seperti yang telah dicatatkan dalam sejarah Malaysia
Tunku Abdul Rahman ,Tun V.T Sambanthan dan ahli politik kaum yang lain
mendapatkan kebebasan Negara dengan membuktikan kepada kerajaan British yang
rakyat di Tanah Melayu mampu bersatu padu di bawah satu pentadbiran maka atas
sebab inilah kita diberi kemerdekaan dan atas sebab itu jugalah Negara kita
dipandang tinggi kerana mampu bergerak walaupun rakyatnya terdiri daripada
banyak kaum.Jikalau rusuhan kaum berlaku lagi, ini akan mencemarkan nama baik
Negara dimana ia akan jelas menunjukkan Negara gagal dalam menyatupadukan
penduduknya malah keadaan menjadi semakin teruk. Ini akan menconteng arang
terhadap imej dan integriti Negara sebagai sebuah Negara yang berdaulat dan
mengamalkan prinsip demokrasi.
4.0 CARA
MENGATASI NEGATIF PERKAUMAN ETNIK DAN KAUM
Perselisihan faham antara kaum dapat dielakkan melalui
perancangan beberapa program yang mewajibkan setiap kaum untuk melibatkan
diri. Program yang dilaksanakan perlu merangkumi aktiviti-aktiviti yang
berunsurkan perpaduan. Program seperti “Program 1 Malaysia”, program
penubuhan Sekolah Wawasan dan banyak lagi program-progrm yang lain perlu
diperbanyakkan. Program lain seperti rumah terbuka bagi perayaan-perayaan
setiap etnik yang diamalkan dalam Negara kita juga perlu diperluaskan dalam
seluruh Negara. Program-program seperti ini diperlukan kerana ini dapat
memupuk semangat cinta akan tanah air kita sekaligus dengan melahirkan perasaan
menghormati adat-resam kaum lain. Hal ini akan menjalinkan hubungan yang
erat antara masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Semangat patriotisme yang akan dipupuk ini perlu dimulakan dari kecil lagi bah
kata pepatah melayu, “ melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Ibu bapa
perlu mendorong anak-anak untuk bergaul sesama masyarakat yang terdiri dari
pelbagai etnik. Masyarakat kita juga perlu bergaul, berkongsi pendapat
dan membina kumpulan dengan masyarakat kaum lain. Kita perlu sentiasa
berusaha meningkatkan keupayaan bersatu dan berusaha menghindari segala faktor
yang boleh memecahbelahkan kesepakatan. Ia perlu diberi perhatian kerana
masih wujud golongan yang berkepentingan untuk bermain dengan api sentimen
perkauman dan agama. Hakikat kita mampu mengekalkan cara hidup aman dan
damai tidak boleh dijadikan alasan untuk kita terus berasa selesa. Kita
sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran dari dalam mahupun luar.
Justeru itu, kita perlu sentiasa berhati-hati agar tidak berprasangka buruk
sesama kaum supaya mengelak sikap mementingkan diri.
Untuk menyelesaikan masalah yang sedang kita hadapi
ini, pertama sekali sebagai bangsa Malaysia, bahasa dan cara berkomunikasi kita
seharusnya menguasai dengan baik agar jurang antara kaum tidak akan berlaku
disebabkan oleh ketidaksefahaman dan prasangka. Seterusnya saranan dan pengaruh
daripada ibu bapa amat penting terhadap anak-anak mereka. Hal ini kerana
anak-anak tersebut merupakan pemimpin hari esok dan perpaduan antara satu sama
lain amat diperlukan agar negara menjadi maju dan kuat. Di samping itu, program
dan polisi perpaduan kaum tidak harus sama sekali dipolitikkan kerana perbuatan
tersebut adalah paling tidak bertanggungjawab yang hanya akan memusnahkan masa
hadapan anak-anak yang bersih dan tidak berdosa. Sebagai contoh, program
1Malaysia dimana adalah tuntutan sama dan peluang yang diberikan kepada semua
rakyat Malaysia. Untuk konsep tersebut berjaya, saya rasa kerajaan harus
berhenti dengan bangsa politik kerana ini benar-benar melelahkan. Kami membesar
dan mengikuti dengan borang aplikasi meminta kami untuk menanda bangsa kami.
Kita seharusnya berhenti memberi tanggapan negatif terhadap bangsa lain dan
berhenti berfikir tentang ‘kaum kami’, ‘etnik kami’ tetapi sebaliknya kita
harus tumpukan bahawa kita tiada kaum melayu, tiada kaum cina, tiada kaum india
kerana kita cuma terdapat bangsa Malaysia. Bangsa Malaysia yang mempunyai
kebebasan memilih agama dan kepercayaan yang sesuai dan disukainya. Untuk
merdeka yang akan menjelang ini, saya berharap sebagai seorang Malaysian, kita
dapat lebih memiliki hak bersuara, dapat dihormati dan dapat didengar. Saya
berharap bahawa kerajaan benar-benar melaksanakan dan menjalankan demokrasi
berparlimen dan saya berharap masyarakat Malaysia tidak lagi takut dan berasa
mendiskriminasi terhadap satu sama lain, kerana kita adalah satu dan kita
adalah sama sah dari sisi undang-undang.
4.1 Persepakatan diantara Kaum
Malaysia merupakan satu negara yang unik dimana ia
merupakan satu negara yang mempunyai banyak kaum yang didiami oleh Masyarakat
Melayu, Cina dan India yang merupakan tiga kaum utama negara Malaysia. Bilangan
penduduk Malaysia sehingga tahun 2010 dianggarkan melebihi 28.25 juta penduduk
.Daripada bilangan penduduk ini, bangsa Bumiputera Melayu meliputi 50.4%, Cina
23.7%, dan India 7.1% dan selebihnya adalah kaum-kaum bumiputera bukan Melayu
dan lain-lain. Sejak mengecapi kemerdekaannya sejak tanggal 31 Ogos 1957,
banyak cabaran dan dugaan yang telah dilalui oleh negara dan yang paling utama
diantaranya adalah mewujudkan perpaduan dikalangan kaum yang pelbagai ini.
Perkara ini menjadi semakin penting selepas tercetusnya peristiwa berdarah 13
Mei 1969 dimana negara menyaksikan rusuhan kaum yang dahsyat sehingga negara terpaksa
diletakkan dibawah pemerintahan tentera. Ekoran daripada peristiwa tersebut,
Rukun Negara telah diwujudkan dan banyak program serta inisiatif telah
dijalankan untuk mengeratkan perpaduan diantara kaum bagi memastikan “pisang
tidak berbuah dua kali” .Perpaduan antara semakin menyerlah dari semasa ke
semasa sejak dari peristiwa berdarah tersebut sehingga kini.
4.2 .Bahasa dan Cara Berkomunikasi
Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan ataupun
bahasa rasmi di Malaysia. Oleh itu, bahasa rasmi tersebut berperanan sebagai
satu pipe saluran yang digunakan oleh semua rakyat Malaysia. Akan tetapi,
masalah di sebaliknya iaitu kebanyakkan kaum bukan melayu masih tidak dapat
bertutur dengan lancar. Hal ini kerana bahasa ibunda yang digunakan sejak kecil
lagi telah menyebabkan kebanyakkan mereka sukar untuk menangani bahasa rasmi
dengan baik. Bahasa yang digunakan berdasarkan bahasa ibunda masing-masing akan
menjauhkan lagi jurang antara kaum kerana akan berlaku ketidaksefahaman dan
prasangka di antara satu sama lain. Tanpa disedari, amalan yang sedang
dilakukan ini sedang menuju ke arah mewujudkan polarisasi kaum yang amat
membimbangkan. Realiti yang melanda Yugoslavia hendaklah dijadikan
sebesar-besar pengajaran. (Yugoslavia adalah negara dimana terdapat pelbagai
kumpulan etnik yang saling membenci antara satu sama lain.) Jika kita kurang
teliti dan jika kita tidak berhati-hati, berkemungkinan warga kita akan
berpecah-belah dan mewujudkan fahaman agama yang ekstrim.
4.3 Saranan dan pengaruh daripada
ibubapa
Peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Orang pertama yang paling awal mendekati anak-anak adalah ibu bapa. Oleh itu
fikiran dan kelakuan anak-anak akan dipengaruhi oleh ibu bapa mereka. Contohnya
anak-anak mereka akan didedahkan tentang isu-isu kaum sejak kecil lagi.
Disebabkan kebanyakkan ibubapa di Malaysia masih mempunyai tanggapan yang salah
terhadap isu-isu kaum seperti peristiwa 13 Mei yang berlaku pada tahun 1969
iaitu rusuhan yang berlaku dan kemucak masalah perpaduan di Malaysia, maka mereka
akan memberi fakta yang terpesong yang akan mempengaruhi anak-anak terhadap
bangsa-bangsa yang lain di Malaysia. Hal ini menyebabkan perpaduan dan
persepakatan antara kaum dan bangsa sukar dicapai.
4.4
Program dan polisi perpaduan kaum telah dipolitikkan
Setiap warga Malaysia wajar melihat dan mentafsir
program dan polisi nasional yang dilaksanakan secara rasional, objektif,
bijaksana dan bertanggungjawab. Berfikirlah sebagai seorang warga Malaysia
sejati, berpegang kepada prinsip menjunjung langit di tempat bumi dipijak.
Program pendidikan sebagai contohnya yang diperkenalkan adalah pelaburan untuk
menjamin masa hadapan warga muda dan warga muka dan tidak harus sama sekali
dipolitikkan, program pendidikan dan polisi perpaduan kaum yang dipolitikkan
adalah perbuatan paling tidak bertanggungjawab yang hanya akan memusnahkan masa
hadapan anak-anak dan memporak-perandakan negara.
5.0 PERISTIWA
KEKECOHAN DI PLAZA LOW YAT
KUALA LUMPUR: Kekecohan di Plaza Low Yat tersebar di
laman sosial seolah-olah berunsur perkauman sehingga menimbulkan kebimbangan
orang ramai sedangkan hakikatnya ia bukanlah seperti yang disangkakan.
Kejadian di premis komputer riba dan telefon bimbit di
gedung teknologi maklumat (IT) itu pada mulanya hanya kes curi telefon bimbit
dan pekerja di situ telah menangkap orang yang disyaki pencurinya, tetapi
dakwaan di media sosial mengakibatkan ia merebak menjadi isu besar.
Seorang daripada pekerja di situ yang hanya ingin
dikenali sebagai Ila, 27, berkata jika berlaku sebarang kejadian kecurian,
menjadi kebiasaan pekerja premis tanpa mengira kaum dan pengawal keselamatan
akan sama-sama menahan suspek.
"Pada hari kejadian (Sabtu), pekerja premis
berhampiran kedai terbabit hanya membantu untuk menahan suspek selepas
pekerjanya menjerit berlaku kecurian.
Ketika itu tidak kira pekerja Melayu, Cina atau India
memang membantu untuk menahan suspek.
"Tetapi apa yang tersebar di laman sosial
sehingga dikaitkan dengan unsur perkauman apabila terdapat video seolah-olah
lelaki Melayu dipukul sekumpulan lelaki Cina. Sewaktu kejadian susulan, pekerja
Melayu sedang berbuka puasa dan hanya pekerja Cina sahaja yang ada sebab itu
kelihatan seolah-olah pekerja Cina memukul beberapa remaja Melayu,"
katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Kecewa dengan pelbagai cerita yang tersebar di laman
sosial, Ila berkata perkara itu ternyata mengeruhkan lagi keadaan sehingga
menjejaskan operasi di plaza berkenaan.
"Orang di luar sana mungkin tidak tahu apa
sebenarnya yang berlaku tetapi memberi reaksi, komen dan menyebarkan cerita
seolah-olah mereka ada di sini," katanya.
Beliau berkata berdasarkan prosedur operasi standard
di situ, sekiranya pelanggan berasakan mereka terbeli barangan tiruan atau
tertipu, mereka seharusnya membuat laporan kepada pihak pengurusan untuk
tindakan susulan.
"Memang kalau ada pelanggan buat aduan terbeli
barang tiruan, pihak pengurusan akan mengambil tindakan dan tidak akan
membenarkan peniaga terbabit menjalankan operasi. Sebelum ini terdapat aduan
bahawa premis menjual komputer riba tiruan dan premis itu telah diarahkan tutup
serta-merta," katanya.
Meluahkan perasaan sama, seorang lagi pekerja di situ
yang ingin dikenali sebagai Vincent, 24, berkata mereka memang saling membantu
sekiranya berlaku kes kecurian.
"Kedai di sini berhampiran jadi mana-mana pekerja
premis yang boleh menahan suspek apabila suspek melalui premis mereka, mereka
akan tahan," katanya.
Bagi William, 30-an, pula kejadian itu membuatkan dia
berasa bimbang untuk memakai baju rasmi pekerja Plaza Low Yat walaupun mengikut
etika sekiranya pekerja tidak memakainya, mereka akan didenda RM200 sehari.
Sabtu lalu, berlaku insiden pergaduhan di Plaza Low
Yat yang didakwa berpunca daripada perasaan tidak puas hati seorang lelaki yang
dituduh mencuri sebuah telefon bimbit.
Pengawal keselamatan bertindak menyerahkan lelaki itu
kepada polis, lanjutan daripada itu, rakan lelaki terbabit menghubungi
rakan-rakannya lain lalu bertindak memukul pekerja di situ dan memecah
barang-barang di dalam kedai terbabit yang mengakibatkan kerugian dianggarkan
RM70,000.
Pada Ahad, dianggarkan beratus-ratus orang berkumpul
di hadapan plaza itu sejak 8 malam, dipercayai rakan kepada lelaki yang ditahan
polis itu sehingga berlakunya pergaduhan yang berlarutan ke awal pagi.
Sehingga kini polis menahan 25 individu yang
dipercayai ada kaitan dengan kejadian kekecohan yang berlaku di Plaza Low Yat
itu.
6.0 KESIMPULAN
Pengetahuan
Keamanan negara ini sangat penting dalam usaha negara ini menginjak menjadi sebuah negara maju menjelang tahnun 2020. Antara faktor utama kejayaan ini boleh dicapai ialah melalui situasai keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin atau tidak boleh dikompromi oleh sebarang faktor lain.
Berdasarkan peristiwa 13 Mei 1969 kita
wajar memperkuat semula perpaduan kaum di negara ini agar semua anggota
masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni di negara yang kita
cintai ini.
Dalam nada yang sama kita seharusnya
memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara negara ini yang terjajah
sekian lama dan memerlukan kekuatan segenap sudut bagi menjamin penjajahan ke
atas negara ini tidak lagi akan berlaku.
Dalam
bidang akademik, sentimen perpaduan dapat kita bangkitkan di sekolah dengan
menekankan nilai – nilai rohani dan budaya bersama-sama dengan pelbagai kaum.
Nilai – nilai ini dapat kita salurkan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan
Pendidikan Moral.
Iktibar
Kita juga seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika semua rakyat bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat
Harapan
Kami berharap agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan, tidak terpengaruh dengan anasir luar dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan memenuhi kemerdekaan ini agar menjadi lebih bermakna akhirnya.
Iktibar
Kita juga seharusnya mengambil iktibar bahawa perpaduan hanya dapat dicapai jika semua rakyat bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat
Harapan
Kami berharap agar semua warga negara ini akan sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan, tidak terpengaruh dengan anasir luar dan menghargai jasa tokoh yang telah banyak berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan dan memenuhi kemerdekaan ini agar menjadi lebih bermakna akhirnya.
7.0
RUJUKAN
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pekerja-di-plaza-low-yat-kecewa-
kes-curi-telefon-dijadikan-isu-perkauman-65875
http://4.bp.blogspot.com/-gz_OBtz7DvI/VaMa36LytwI/AAAAAAAAxNc/9QOD6pr-avk/s640/azeez%2Brahim%2Bkecoh%2Blow%2Byatt%2B03ab777bb.jpg
(Diambil daripada Google
PERISTIWA PERBALAHAN KAUM DI TANAH MELAYU PADA 13 MEI
1969
ANTARA KERATAN AKHBAR YANG BERKAITAN DENGAN PERKAUMAN
DAN ETNIK DI MALAYSIA
ANTARA GAMBAR PERBALAHAN ANTARA MASYARAKAT DI MALAYSIA
LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL UNTUK MENGERATKAN
SILATURAHIM ANTARA KAUM DI MALAYSIA.
-HARI KEMERDEKAAN
MENYAMBUT HARI
PERAYAAN
AKTIVITI
GOTONG-ROYONG
How to use a mobile casino in 2022 - Jtmhub
ReplyDeleteThere are 진주 출장안마 several options 안동 출장샵 including a mobile casino site, and a mobile casino 제주 출장안마 is available in most casinos worldwide. 충주 출장샵 This article will describe the 포항 출장샵 best online